TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 12 Oktober 2016

GAJET BAKAL MEMUSNAHKAN MASA HADAPAN ANAK-ANAK KITA?


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Semasa makan tengahari tadi bersama staff di pejabat, di antara topik yang sempat dibincangkan secara lalu adalah tentang kesan gajet terhadap anak-anak masa kini.

Sama ada kita sedar atau tidak, di kalangan ibu bapa zaman ini lebih mudah memberikan anak-anak kemudahan gajet untuk membolehkan anak-anak tidak mengganggu urusan ibu bapa atau seumpamanya. Tidak kiralah sama ada gajet tersebut adalah telefon mudah alih, tablet, i-pad atau yang sewaktu dengannya tetapi sebahagian daripada kalangan ibubapa lebih rela anak mereka 'berkawan' dengan gajet-gajet ini daripada membuat kerja-kerja lain.

Anak-anak kecil telah diberikan gajet sejak usia kecil lagi, silap-silap daripada buaian lagi anak-anak telah kenal apa itu gajet. Menonton cerita animasi lebih mudah dengan menggunakan telefon mudah alih, hanya perlu menggantungkan di buaian sehingga anak-anak menontonnya tertidur.

Gajet sudah dilantik menjadi 'pengasuh' anak-anak tanpa komunikasi dua hala. Akibatnya, anak-anak diajar untuk membesar dengan persekitarannya sendiri. Mereka tidak perlukan orang lain kerana semuanya mereka akan dapat dengan mudah di depan mata.

Kesannya, hilang rasa kasih sayang sesama ahli keluarga dan sesama manusia yang tidak mustahil apabila mereka besar nanti akan memberi kesan negatif kepada kehidupan sosial.

Setiap zaman, kanak-kanak akan membesar dengan suasana pada ketika itu. Zaman kita sudah tentu tidak sama dengan zaman ayah dan ibu kita. Namun begitu, cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada zaman ini perlu diberikan perhatian dengan sebaiknya kerana ia dicorakkan oleh kita sebagai ibu bapa.

Pada pandangan saya, kita sebagai ibubapalah yang bertanggungjawab untuk menentukan sejauh mana keperluan gajet kepada anak-anak kita. Setiap yang diberi perlu ada limitnya. Jika kita salah menguruskannya maka kesannya adalah kepada anak-anak kita.

Biarlah anak-anak kita menangis kerana batasan yang kita berikan daripada kita menangis di kemudian hari akibat daripada kesilapan kita pada hari ini.

Sekian, wassalam

KFAK - 12 Oktober 2016

Rujuk juga ;

http://www.drshimamatsaad.com/2016/08/bahaya-gadjet-kepada-kanak-kanak.html

http://www.ukm.my/wadahict/kanak-kanak-gajet/

0 ulasan:

Catat Ulasan