TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Isnin, 31 Oktober 2016

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA EDISI 2016


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak negeri Kedah kerana berjaya menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam malam tadi dalam perlawanan yang penuh dengan debaran.

Saya hanya sempat untuk menonton perlawanan tersebut bermula dari masa tambahan kerana mempunyai komitmen dengan program yang perlu diutamakan.
Saya tidak memihak kepada mana-mana pasukan sama ada pasukan Selangor atau Kedah tetapi terasa ingin melihat pada malam tadi agar Kedah memenangi perlawanan akhir pada tahun ini memandangkan mereka telah tewas pada aksi perlawanan akhir pada tahun lalu dengan lawan yang sama.
Keduanya, saya melihat ramai pemain khususnya Helang Merah yang turun ke padang dengan menggunakan seluar 'tight' yang melengkapkan penutupan aurat mereka. Semoga semakin ramai pemain Bola Sepak daripada kalangan pemain beragama Islam di Malaysia akan berhijrah pada musim akan datang dengan penutupan aurat seperti yang diseburkan tadi.
Apapun, perlawanan malam tadi memang mendebarkan, sehingga perlawanan terpaksa diheret sehingga ke pukul 12.15 tengah malam dengan Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan.
Mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah bukan bermakna sokongan saya terhadap pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pudar. 

Tahun hadapan musim untuk JDT merangkul kesemua kejuaraan termasuklah Piala Malaysia Edisi 2017.
Majulah Sukan Untuk Negara
Pastikan Solat Tidak Dilupa


Sekian. Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
x

0 ulasan:

Catat Ulasan