TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Ahad, 16 Oktober 2016

PRESIDEN MCA BERI JAMINAN RUU355 TIDAK AKAN DIBAHASKAN


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Membaca laporan berita ini sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan sikap beliau terhadap RUU 355 seperti yang telahpun kita dapat baca sejak daripada awal lagi.

Sudah dapat dibaca betapa usaha untuk melewat-lewatkan atau mengganggu agar ianya akan diusahakan agar tidak dibentangkan apabila Parlimen bermula pada hari esok (17 Oktober 2016) walaupun ia telah tersenarai sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.

Mungkin ia juga adalah merupakan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat komponen BN semalam yang mana masih dirahsiakan apa yang telah mereka putuskan dan apa yang mereka akan lakukan ketika Parlimen mula bersidang.

Kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti. 

Marilah seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa kepada Ilahi, semoga Allah mempermudahkan urusan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

---------------------------------------------------------------
Berita : Liow: MCA jamin RUU Hadi tidak akan dibahaskan

MCA hari ini berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada sebarang langkah melambatkan 'RUU Hudud' itu adalah keputusan konsensus 13 parti komponen BN seperti yang diputuskan pada yang mesyuarat pra-majlis semalam. 

"Ia adalah sangat jelas bahawa BN membuat keputusan konsensus RUU undang-undang kerajaan akan mendahului RUU persendirian. 

"Kami akan memastikan RUU tersebut tidak akan dapat dibahaskan kerana kita tahu RUU kerajaan mesti didahulukan di Parlimen," ujar beliau kepada pemberita di Wisma MCA, Kuala Lumpur selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Wanita MCA Selangor. 

Beliau juga menegaskan MCA telah banyak kali mengulangi pendirian dalam menentang cadangan pindaan Abdul Hadi untuk memperkasakan perundangan Syariah pada masa lalu. 

"Kami (MCA) membantah sekeras-kerasnya mengenai RUU ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sangat jelas." 

"Pada masa yang sama, BN juga menyatakan bantahan kepadanya. Saya bangkitkan isu ini pada mesyuarat BN," katanya. 

Usul Abdul Hadi bertujuan untuk mengemukakan RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta yang membenarkan tahap hukuman yang lebih tinggi berbanding keadaan semasa.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/359246

0 ulasan:

Catat Ulasan