TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Rabu, 2 November 2016

AIR MINERAL LEBIH MAHAL DARIPADA MINYAK MASAK


Kata-kata Menteri yang menyakitkan hati...
Menteri kata air mineral lagi mahal daripada minyak masak.
Rakyat tanya, kenapa ar mineral lebih mahal daripada minyak masak?
Rakyat juga tanya apa tindakan kerajaan untuk pastikan harga air mineral tidak melambung tinggi harganya?
Wahai Pak Menteri, bukan semua rakyat Malaysia minum air mineral. Saya fikir lebih ramai yang beli air tapis dengan harga 10 sen atau 20 sen seliter yang mudah dan murah untuk dibeli daripada mesin pelbagai jenama yang beroperasi 24 jam.
Pak Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin jika mahu mengulas tentang rasionalisasi subsidi minyak masak, berilah ulasan yang lebih munasabah. Idea-idea spontan seperti ini hanya sesuai untuk penyokong Pak Menteri yang kenyang dengan dedak sahaja.
Wassalam.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
-----------------------------------------------------------------
http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-air-mineral-lagi-mahal-daripada-minyak-masak-1.580354

KUALA LUMPUR - "Air mineral lebih mahal berbanding minyak masak meskipun subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya,"demikian ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan rasionalisasi subsidi minyak masak akan menyebabkan perbelanjaan meningkat kepada sebanyak RM50 seorang setahun oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan).


Bercakap di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, Hamzah berkata, kerajaan masih memberi subsidi bagi minyak masak kategori beg plastik 1kg yang dijual pada harga RM2.50.

Berpegang kepada andaian setiap individu hanya menggunakan satu setengah kilogram minyak masak bagi setiap bulan, ia hanya memberi peningkatan RM2.25 dalam perbelanjaan bagi setiap individu.

“Padahal pengguna beli air mineral yang tiap-tiap hari diminum dengan harga melebihi daripada harga minyak masak,” katanya.

Minggu lalu, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga 1kg minyak masak paket plastik akan dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25, mulai hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani pada Khamis lalu dilaporkan berkata, rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan