TANGISAN ROHINGYA

TANGISAN ROHINGYA

Ahad, 13 Oktober 2019

POLIGAMI - APA ITU POLIGAMI?



2.       APA ITU POLIGAMI

Persoalan yang perlu kita sama-sama fahami sebelum kita pergi lebih jauh untuk membicarakan poligami. Apakah itu poligami? Kita dapat lihat daripada beberapa padangan dan tafsiran tentang poligami. Di antaranya,

i.                    Poligami bererti ikatan perkahwinan yang salah satu pihak (suami) mengahwini beberapa lebih dari satu isteri dalam waktu yang bersamaan, bukan saat ijab qabul melainkan  dalam menjalani hidup berkeluarga, sedangkan monogami bererti perkahwinan yang hanya membolehkan suami mempunyai satu isteri pada jangka waktu tertentu.

ii.                   Ada yang menafsirkan Poligami adalah suatu bentuk perkawinan di mana seorang lelaki dalam waktu yang sama mempunyai isteri lebih dari seorang wanita. Yang asli di dalam perkawinan adalah monogami, sedangkan poligami datang kemudian dengan perkembangan akal fikiran manusia dari zaman ke zaman.

Poligami adalah salah satu bentuk masalah yang dilontarkan oleh orang-orang yang memfitnah Islam dan seolah-olah memperlihatkan semangat pembelaan terhadap hak-hak perempuan. Poligami itu merupakan tema besar bagi mereka, bahawa keadaan perempuan dalam masyarakat Islam sangat memprihatinkan dan dalam hal kesulitan, kerana tidak adanya persamaan antara lelaki dan perempuan.

iii.                Sebagaimana dikemukakan oleh banyak penulis, bahawa poligami itu berasal dari bahasa Yunani, kata ini merupakan penggalan kata Poli atau Polus yang ertinya banyak, dan kata Gamen atau Gamos yang bererti kahwin atau perkahwinan. Maka jikalau perkataan ini digabungkan akan bererti kata ini menjadi sah untuk mengatakan bahawa erti poligami adalah perkahwinan banyak dan boleh jadi dalam jumlah yang tiada batasan.

Namun dalam Islam, poligami bermaksud perkahwinan yang lebih dari satu dengan batasan. Umumnya dibolehkan hanya sampai empat wanita sahaja.

Poligami merupakan pernikahan kepada lebih dari satu isteri dalam satu-satu masa. Jika seseorang itu pernah beristeri dan kemudian isterinya diceraikan atau isterinya telah meninggal dunia dan beliau berkahwin lagi maka itu tidak dipanggil sebagai poligami. Dalam bahasa arab poligami lebih dikenal dengan ta’addud. Islam memperbolehkan poligami muslim beristeri lebih dari hingga empat orang isteri dengan syarat suami harus dapat bersikap adil terhadap isteri-isterinya.

Firman Allah yang bermaksud,

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman"
Surah An-Nisa’ : Ayat 3

0 ulasan:

Catat Ulasan